Sunday, March 23, 2014

Hikmah

Assalamualaikum

     Dakwah mestilah berhikmah. Ramai orang cakap hikmah hikmah hikmah. Tapi apa maksud hikmah?

"Kata-kata yang sesuai untuk orang yang sesuai pada waktu yang sesuai dengan kadar yang sesuai menggunakan kaedah yang sesuai".

     Dalam erti kata lain ialah KETEPATAN. Dan formula mudah yang kita boleh lakarkan ialah :

KREATIF + KRITIS = BERHIKMAH

Ust. Hasrizal Abd Jamil
The Muslim Show Dakwah Kreatif Era Baru
Dewan Pengajian Islam, Universiti Malaya
Sabtu
22 March 2014
9.30am-10.30pm

Saturday, April 6, 2013

Syukur

Assalamualaikum

Masa nak lock motor kat parking, ada sorang brader OKU pakai wheelchair tegur :

Brader : Ni motor ko ke yang selalu parking kat sini?

Aku : Ha'ah.. kenapa bro?
Brader : Takdelah, pagi-pagi sebelum pegi kelas aku selalu tenung motor ko seminit dua sambil berangan. Hai, bestnye la kalau aku dapat bawak..

Sedih rasa dalam hati dengar ayat beliau.. bersyukurlah atas nikmat kesihatan dan kesempurnaan yang Dia kurniakan kat kita. Biarlah muka macam tongkang, tinggi tak cukup inci, berat tak cukup penimbang, asalkan badan cukup fungsi ;)


#perkongsian dari sahabat - Ameer Al-Hakeem

Thursday, February 7, 2013

RM25,005.00

Assalamualaikum

Beberapa hari lepas, di dalam kelas Thermal Science, pensyarah saya Dr. Mirghani berkongsi satu cerita yang memberi inspirasi. Saya tak pasti samada cerita ne real story ataupun tidak.

Ada sebuah syarikat bertempat di negara 4 musim yang bangunannya mempunyai ciri-ciri futuristik ( mungkin, haha ) sebab tidak mempunyai tingkap langsung. Bangunan tersebut menggunakan penghawa dingin pada musim panas dan menggunakan pemanas/heater pada musim sejuk.

Nak dijadikan cerita, satu hari di musim panas, seluruh penghawa dingin di dalam bangunan tersebut tidak berfungsi. Maka pekerja-pekerja di dalam bangunan tersebut yang kemas bergaya mula menanggalkan tali leher dan blazer-blazer mereka.

Technician dan jurutera-jurutera mereka cuba mencari punca masalah tersebut tetapi gagal. Maka mereka pun menghubungi seorang jurutera terkenal dari India. Maka jurutera tersebut bersetuju untuk datang menyelesaikan masalah tersebut.

Dalam masa lebih kurang 3 hari, jurutera tersebut tiba di syarikat tersebut. Maka dia memulakan kerjanya dengan mencari punca masalah. Setelah beberapa jam ( xbapa clear sangat part masa ne, maen hentam jam la kot, haha ), dia menjumpai punca masalah tersebut. Hanya disebabkan 1 screw yang loose. Maka dia pon       hammer screw tersebut dah penghawa dingin kembali berfungsi.

Kemudian, dia mengeluarkan bil untuk service tersebut. Terkejut pihak syarikat melihat bil tersebut dengan harga RM25,005.00 ( letak duet malaysia senang nak bg paham ). Mereka tanya jurutera tersebut kenapa mahal sangat? Ketuk screw ja pun. Dia pon dengan selamba menjawab. Harga ketuk screw tu RM5.00. Lagi RM25,000.00 ialah harga untuk screw mana yang perlu di ketuk.

#harap dapat point dia. sekian. haha


Wednesday, January 23, 2013

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Assalamualaikum.

Terasa nak start balik blogging. So kita mula balek dari zero. Semoga perkongsian kali ini lebih bermanfaat dari sebelum-sebelum ni. Insyaallah.