Thursday, February 7, 2013

RM25,005.00

Assalamualaikum

Beberapa hari lepas, di dalam kelas Thermal Science, pensyarah saya Dr. Mirghani berkongsi satu cerita yang memberi inspirasi. Saya tak pasti samada cerita ne real story ataupun tidak.

Ada sebuah syarikat bertempat di negara 4 musim yang bangunannya mempunyai ciri-ciri futuristik ( mungkin, haha ) sebab tidak mempunyai tingkap langsung. Bangunan tersebut menggunakan penghawa dingin pada musim panas dan menggunakan pemanas/heater pada musim sejuk.

Nak dijadikan cerita, satu hari di musim panas, seluruh penghawa dingin di dalam bangunan tersebut tidak berfungsi. Maka pekerja-pekerja di dalam bangunan tersebut yang kemas bergaya mula menanggalkan tali leher dan blazer-blazer mereka.

Technician dan jurutera-jurutera mereka cuba mencari punca masalah tersebut tetapi gagal. Maka mereka pun menghubungi seorang jurutera terkenal dari India. Maka jurutera tersebut bersetuju untuk datang menyelesaikan masalah tersebut.

Dalam masa lebih kurang 3 hari, jurutera tersebut tiba di syarikat tersebut. Maka dia memulakan kerjanya dengan mencari punca masalah. Setelah beberapa jam ( xbapa clear sangat part masa ne, maen hentam jam la kot, haha ), dia menjumpai punca masalah tersebut. Hanya disebabkan 1 screw yang loose. Maka dia pon       hammer screw tersebut dah penghawa dingin kembali berfungsi.

Kemudian, dia mengeluarkan bil untuk service tersebut. Terkejut pihak syarikat melihat bil tersebut dengan harga RM25,005.00 ( letak duet malaysia senang nak bg paham ). Mereka tanya jurutera tersebut kenapa mahal sangat? Ketuk screw ja pun. Dia pon dengan selamba menjawab. Harga ketuk screw tu RM5.00. Lagi RM25,000.00 ialah harga untuk screw mana yang perlu di ketuk.

#harap dapat point dia. sekian. haha


No comments: